(5 gambar) Donut Istimewa Ini Berharga RM382 Yang Sangat Mengejutkan!
Selalunya sebiji donat istimewa di sini boleh dapati dengan harga RM2.80 sahaja.
Berbeza dengan donat istimewa yang diberi nama Donutopia, dijual dengan hargaUSD100 (RM382) untuk sebiji donat sahaja. Apa yang membuatkan donat ini begitu mahal sekali?
Donat ini sebenarnya di selaputi dengan lapisan emas 24 karat dan serbuk berlianyang selamat untuk dimakan.
Donat di saluti emas berlian ini merupakan salah satu ciptaan Dolicious Donuts, kedai donat di West Kelowna, Kanada.
Menurut Jeanne Kaminski , salah satu pemilik Dolicious Donuts, pada awalnya, donat istimewa itu tidak di masukkan di dalam menu.
Donutopia dibuat atas permintaan seorang pelanggan setia Dolicious Donuts. Pelanggan tersebut meminta untuk dibuatkan donat khusus untuk meletakkan cincin pertunangan yang ingin dipersembahkan kepada kekasihnya.
Disebabkan pelanggan tersebut merupakan pelanggan setia, dia diberikan donat yang lebih istimewa iaitu donat disaluti emas dan berlian.
Jadi, bagi mereka yang ingin menikmati hidangan donat mewah ini, mereka perlu membayar sebanyak RM382.
Bukan sahaja perlukan duit yang banyak, pelanggan juga perlu menunggu berjam-jam sebelum menikmati Donutopia.
Sanggup tak anda membayar sebanyak RM382 untuk sebiji donut sahaja?
0 Response to "(5 gambar) Donut Istimewa Ini Berharga RM382 Yang Sangat Mengejutkan!"
Post a Comment