Fulamak dengar cerita pelakon sado lagi berjambang Sharnaaz Ahmad sekarang ni dah ada kekasih hati. Orang nya sangat jelita dan cantik. Memang kalau tengok dalam gambar mereka berdua ni sama cantik, sama padan.
Terbaru, wanita yang dikatakan ‘kekasih hati’ Sharnaaz Ahmad telah memuat naik gambar di Instagram dan kapsyen di gambar tersebut memang jelas sekali nampak yang mereka ni sedang mengenali hati budi masing-masing. Disebalik kejelitaan wanita ni, korang tahu tak siapa dia sebenarnya?
1) Kakak kepada Neelofa!
Oh laa patut la muka lebih kurang je macam Neelofa. Rupan-rupanya Noor Nabila ni merupakan adik-beradik dan kakak kepada Neelofa. Alahaii.. semua cantik-cantik belaka!
2) Pernah Berkahwin
Untuk pengetahuan anda, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada Julai, 2013.
3) Merupakan bekas pelajar INTI College & UiTM
Menerusi laman Facebook milik Noor Nabila, dia merupakan bekas pelajar di INTI International University dan UiTM Shah Alam.
4) Baru beberapa minggu kenal & makin rapat dengan Sharnaaz Ahmad
Menurut beberapa sumber, perkenalan dan hubungan mesra Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ni baru sahaja masuk beberapa minggu. Takpe la, bak orang putih kata ‘no rush’ kan? Huhuuu
5) Seorang yang sangat sweet & penyayang
Anda tengok sendiri la ucapan Noor Nabila buat Sharnaaz Ahmad sempena hari jadi pelakon tu baru-baru ni. Sweet sangat kan? Ehemm.. macam confirm je diorang ni bercinta.
Apa-apa pun kami dan para peminat doakan yang terbaik untuk Sharnaaz dan Noor Nabila. Memang sesuai sangat lah!
0 Response to "5 Perkara Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu Mengenai ‘Kekasih Terbaru’ Sharnaaz Ahmad"
Post a Comment