(6gambar) Lelaki Ini Ditembak Kejam Di Hari Bahagianya.
Hari ini sepatutnya hari bahagia bagi Ahamad Daud kerana menjadi raja sehari, tetapi jodoh beliau tidak panjang dan ia berakhir dengan tragedi.
Ahamad, 27 tahun, anggota renjer yang bertugas di Pattani maut setelah ditembak dari jarak dekat oleh empat lelaki ketika beliau berbual dengan isterinya, Elani Matnor, 27 tahun dan ibu mertua di bawah khemah.
Ketua Polis Daerah Muang Pattani Kirati Waeyusoh berkata kejadian berlaku pada 5.30 petang waktu tempatan pada majlis perkahwinan di Kampong Pakaharang, Muang Pattani.
Dendam mungkin punca mangsa di tembak kejam, Ahamad cedera parah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital setelah ditembak dalam jarak dekat di bahagian kepala dan dada oleh empat orang lelaki yang kemudian melarikan diri.
Suasana majlis perkahwinan itu bertukar sayu dan gempar dengan insiden pembunuhan itu.
Sementara itu, di Narathiwat seorang orang awam maut setelah ditembak di perut dengan sepucuk pistol di pasar malam Kampung Yalutong, Bachok.
Menurut Polis, Muhammad Zakari Asae, 56 tahun, cedera parah setelah ditembak pada 6.45 petang waktu tempatan dan meninggal dunia di Hospital Bachok.
0 Response to "(6gambar) Lelaki Ini Ditembak Kejam Di Hari Bahagianya."
Post a Comment