Akibat salah faham dua remaja berusia 17 tahun dipercayai dibelasah seorang bekas pegawai polis bergelar Datuk yang juga jiran rakan mereka dalam kejadian di Seksyen 7 di sini, Jumaat lalu…
Dalam kejadian itu, bekas pegawai polis berkenaan turut dikatakan mengacukan senjata sebelum melepaskan satu das tembakan ke udara….
Salah seorang saudara kepada remaja itu menyatakan melalui laman sosial, dua remaja berkenaan yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, datang ke rumah rakan mereka untuk mengulangkaji pelajaran namun rakan mereka tiada di rumah….
8-17-2015%2B1-36-42%2BPM.png
Sementara itu, dalam laman sosial yang dimuatnaik dipercayai anak kepada pemilik rumah, menyatakan kedua-dua rakannya itu masuk ke rumahnya kerana pintu pagar sudah terbuka namun tiada sesiapa di rumah sebelum jiran mereka menangkap kedua-duanya…
Pintu pagar terbuka, mereka ingat ada orang di rumah dan selepas mendapati tiada sesiapa, kedua-duanya keluar sebelum ditangkap jiran…
Mereka dituduh mencuri tetapi semua ini salah faham, katanya…
Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis menerima tiga laporan polis berhubung kejadian itu dan dua remaja berkenaan sudah dibebaskan selepas disoal siasat….
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 323 KK dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960…
Sumber: Harian Metro