Namun lain pula jadinya apabila pinggan yang digunakan oleh Hanez untuk meletakkan makanan tersebut telah dikritik kerana ketiga-tiga pinggan itu tidak sama coraknya.
Menerusi ruangan komen, seorang pengikut Instagram telah memberikan komen yang berbunyi:
“Dikk.. pakai pinggan mangkuk sama corak… lagi cantik presentation awak.” tulisnya.
Peminat Hanez yang tidak berpuas hati dengan komen itu telah meluahkan rasa kesal dan menyindir pemberi komen tersebut.
Mereka juga berpendapat perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pelakon kesayangan mereka hanya ingin berkongsi rasa gembira bersama peminat terhadap juadah yang disediakan.
Selain itu, ada juga diantara mereka yang meminta supaya pengikut Instagram Hanez tidak berfikiran sempit dengan cara mencari kesalahan orang lain.
0 Response to "Disebabkan Pinggan! Peminat Hanez Suraya Mengamuk!"
Post a Comment