Macam Pingat Budak Tadika Menang Lari Dalam Guni
Saingan Liga Super dan Liga Perdana baru sahaja melabuhkan tirainya di mana kelan Johor Darul Takzim dan Kedah FA telah dinobatkan sebagai juara Liga Super dan Juara Liga Perdana musim ini.
Disebalik kejayaan kedua-dua pasukan yang menjadi kebanggaan peminat masing-masing ini telah menajdi viral di laman sosial tentang kualiti pingat atau medal yang disediakan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada kedua-dua pasukan juara ini.
Mana tidaknya kalau dilihat daripada pingat yang diberikan ternyata ia bukanlah sesuai dengan taraf liga paling berprestij di Malaysia tersebut.
Apa yang lebih menggelikan hati ada peminat yang menyifatkan pingat berkenaan sama taraf dengan pingat untuk budak sekolah tadika Kemas menang pertandingan lari dalam guni.
Ramai peminat berbual tentang ini di mana ia seolah tidak diberikan perhatian oleh pihak FAM di mana mereka menyifatkan liga berjuta-juta tapi bajet untuk buat pingat 'ciput'. -Siakapkeli.my
0 Response to "GAMBAR: Pingat Juara Liga Super Dan Liga Perdana Di KRITIK Ramai Peminat2 Bolasepak Tanah Air"
Post a Comment