Ibu Sakit Nak Bersalin, Dokror Lelaki Buat Hal "BERSELFIE" hingga Nampak Kemaluan!



JOHOR BAHRU - Gambar seorang doktor 'junior' merakam gambar dirinya dengan isyarat 'peace' sehingga menampakkan kemaluan/aurat pesakit wanita di sebuah hospital kerajaan, tersebar di laman sosial.

Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Kak Long, menunjukkan doktor berkenaan menunjukkan isyarat 'peace' ketika sedang bertugas di Dewan Bersalin sehingga aurat pesakit wanita itu juga terdedah kepada umum.

Menurut penyebar gambar itu, Kak Long, memperolehi gambar tersebut dari rakannya.




"Saya terkejut dengan kebodohan dan keangkuhan seorang doktor junior di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru. Gambar ini telah ditunjukkan kepada saya oleh rakan. Si ibu sedang mengalami sakit nak beranak, mereka bukannya mengambil serius tentang si ibu, sebaliknya mereka memilih untuk bergambar pula.

"Tingkah laku dan sikap yang tidak bertimbang rasa ini sangat menyakitkan hati saya dan rakan. Paling tidak masuk akal, bahagian aurat si ibu juga terdedah dalam gambar tersebut. Secara jujurnya saya tidak melihat sebarang tanda kejayaan seperti isyarat 'peace' yang ditunjukkan oleh doktor berkenaan.

"Mohon ambil perkara ini dengan serius dan kenakan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya.

0 Response to "Ibu Sakit Nak Bersalin, Dokror Lelaki Buat Hal "BERSELFIE" hingga Nampak Kemaluan!"

Post a Comment