MACAMLAH KORANG TAK PERNAH KUTUK ANAK KORANG!! - Pengasuh..

Susulan tersebarnya gambar seorang pengasuh di sebuah taska menghina anak asuhannya di laman sosial dikritik netizen, kini beliau tampil mempertahankan dirinya dan menafikan beberapa dakwaan yang tidak berasas.

Pengasuh yang mengguna nickname Deklu She’Bai di laman Facebook itu berkata, gambar itu tidak sepatutnya diviralkan dan diperbesarkan kerana dia bukannya mendera kanak-kanak terbabit.

“Tak perlu kot nak viralkan benda macam tu. Nampak sangat manusia sekarang suka besarkan benda yang kecil. Ada yang cop (tuduh) aku ni dera dialah, apalah,” katanya.

Beliau yang menafikan dakwaan mendera itu juga mengakui bahawa caption yang dimuat naik itu tidak benar-benar dimaksudkan kerana dia sudah terbiasa bermulut laser.

“Caption aku tu saja yang melampau sebab jenis aku memang mulut laser. Kenapa sebelum ini aku buat sight dan masukkan gambar budak-budak taska, tak nak pula orang screenshot dan viralkan dengan caption ‘sayang betul dia dekat budak’ benda yang tak ada kena mengena, sibuk diviralkan,” katanya yang berang dengan tindakan pihak yang menyebarkan gambar berserta caption yang agak kontroversi tersebut.

Difahamkan, gadis ini juga telah membuat laporan polis berikutan bimbang dengan keselamatannya yang diancam melalui media sosial.

Bagaimanapun, penjelasan gadis berkenaan tidak diterima oleh netizen dan Facebooknya kini diserang dengan pelbagai komen dan kritikan yang masih tidak berpuas hati dengan kata-katanya itu.

“Janganlah sampai nak membabikan anak orang. Elok-eloklah cakap. Nak bergurau, janganlah sampai nak menghina anak orang macam beruk. Macam mana nanti kalau awak ada anak, orang buat macam itu pada anak awak, marah tak? Kalau awak tak marah, itu tandanya awak tak ada perasaan keibuan. Fikirlah hati-hati orang yang ada anak. Jangan main bedal saja nak menaip,” kata Achik Syidah.

“Kisah pula mulut kau laser ke tak. Anak orang, amanah orang, jagalah elok-elok. Kalau itu punca rezeki kau, nanti jadi darah daging, keturunan pun dok memaki, mencarut kat orang saja. Akal tak ada ke? Dengan budak-budak pun boleh jadi. Shame on you!,” kata Arieyna.
Gambar yang tersebar dipercayai keluarga bayi berkenaan
Dalam hal ini, pengasuh terbabit sepatutnya memohon maaf kepada orang ramai dan menerima teguran serta jadikan perkara itu sebagai pengajaran. Namun, tindakan ego dan keras kepala seperti ini hanya akan menyemarakkan lagi api kemarahan netizen. – THEHYPEMEDIA.COM

0 Response to "MACAMLAH KORANG TAK PERNAH KUTUK ANAK KORANG!! - Pengasuh.."

Post a Comment