{MESTIBACA} Isteri Hampir Maut dipukul Suami Kerana Membaca Al-Quran.




Isteri Hampir Maut dipukul Suami Kerana Membaca Al-Quran... Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itu yang mampu diungkapkan buat seorang warga emas yang tergamak memukul isterinya ketika wanita berkenaan sedang membaca Al-Quran. Memetik laporan dari MStar Online, Fadzilah Ismail, 50 mengalami patah tulang dan akan menjalani pembedahan pada minggu hadapan. Mengimbas kembali kejadian tersebut, Fadzilah mendakwa, kejadian sama pernah dilakukan suaminya namun dia tidak memberitahu kepada sesiapa. Tetapi insiden yang terbaru ini merupakan yang paling teruk, mengakibatkan Fadzilah terpaksa membuat laporan polis terhadap si suami yang berusia 59 tahun. Memetik kenyataannya di laman portal MStar Online, “Dia begitu agresif. Mula-mula dia menumbuk saya, kemudian mengheret saya ke lantai dan memijak kaki, tangan dan muka.” Sepupu Fadzilah bertindak menghantarnya ke Hospital Kangar sehari selepas kejadian selepas dia tidak dapat menanggung kesakitan yang ditanggung. Dia yang berasal dari Kampung Sentang, Utan Aji, Perlis kemudiannya membuat laporan polis di Arau pada keesokkan hari, dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah oleh sanak saudara. Menurut Ketua Polis Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin, kes tersebut sedang disiasat dan belum ada tangkapan dibuat setakat ini. Ujarnya kepada MStar Online,”Bagaimanapun, apabila saya mendapat laporan dari hospital mengenai kecederaan Fadzilah, kami akan mengklasifikasikan semula kes itu dan mengambil tindakan yang perlu,”. – MYNEWSHUB

0 Response to "{MESTIBACA} Isteri Hampir Maut dipukul Suami Kerana Membaca Al-Quran."

Post a Comment