[5gambar]: NIAT IBU UNTUK MATI DI MEKAH TELAH DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT

\
Hariyanti Ahmad Badri, 31, anak ketiga Allahyarham Rusiah Suar, 56, sedang membacakan Yassin ketika ditemui di kediaman keluarganya di Felda Gunung Besout 2, Sungkai. - Fot Sinar Harian
SUNGKAI - "Mak dari mula memang berniat nak meninggal dunia di sana, walaupun sedih, kami redha...," kata Hariyanti Ahmad Badri, 31, anak ketiga Allahyarhamah Rusiah Suar yang telah disahkan meninggal dunia dalam tragedi runtuhan kren di Masjidil Haram, Jumaat lepas.‎

Menurut Hariyanti, ibunya selalu menyebut tentang niatnya untuk mati di tanah suci itu, tapi dia dan keluarganya menganggap ia hanyalah sekadar gurauan sahaja.




Menceritakan tentang keadaan ketika menghantar arwah ibunya Selasa lalu "Ibu nampak ceria dan gembira, Tuhan dah tentukan jalannya begitu, impian besar dia untuk meninggal dunia di sana, dimakbulkan," .


Hariyanti ketika ditemui di kediamannya di Felda Gunung Besout 2, di sini, hari ini telah dimaklumkan akan berita kematian itu kira-kira jam 7.45 petang tadi oleh pengurusan Tabung Haji.

Katanya, Tabung Haji memberi jaminan untuk menguruskan proses pengebumian ibunya di Makkah.

"Kami memberi sepenuh kepercayaan kepada Tabung Haji atas urusan itu, setakat ini, tiada maklumat punca kematian, namun mereka jumpa arwah di hospital," katanya.

Beliau berkata, ketika insiden runtuhan itu berlaku, Allahyarham sedang melakukan ibadah sa'ei bersama lima rakan lain.

"Rakan ibu maklumkan, dia rebah ketika kejadian, mereka cuba membantu, namun dihalang.

"Ketika itulah, mereka terputus hubungan dan kelibat ibu gagal dikesan," katanya.

Jawatankuasa masjid dimaklumkan telah melakukan solat jenazah ghaib sebaik pengumuman mengenai kematian Allahyarham dibuat, malam tadi.

-sinarharian

0 Response to "[5gambar]: NIAT IBU UNTUK MATI DI MEKAH TELAH DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT"

Post a Comment