Berhati-Hati ketika Melancong Ke Australia, Wanita kongsi Kisahnya Dianiaya Hotel Di Sana

Seorang pengguna Facebook telah menceritakan pengalaman pahitnya selepas pulang daripada bercuti di Australia baru-baru ini di mana beliau mendakwa telah dianiaya oleh pihak hotel di negara berkenaan.

Beliau yang menggunakan nama Yanie Raihan telah menulis luahannya selepas menginap di sebuah hotel bernama Copacabana Apartment Hotel di Surfers Paradise, Gold Coast, Australia.

Menceritakan pengalaman pahit tersebut dia mengatakan yang harga ditawarkan amat berpatutan selepas ditempah menggunakan web carian hotel terkenal, Agoda. Apabila sampai di hotel tersebut memang keadaan bilik hotel yang diinapnya cukup memuaskan hati.

Dia rakan-rakannya telah mendapat dua bilik di blok 4 iaitu nombor bilik 8 dan 23 untuk bermalam di sana selama 6 hari.

Pengalaman pahit mereka bermula apabila mereka telah berbincang dengan pengurus bagunan berkenaan bernama, Michael untuk meninggalkan bagasi mereka sementara waktu dengan membayar sebanyak AUD $ 60 untuk keluar membeli belah di saat akhir.

Setelah selesai membeli belah mereka telah kembali ke apartmen sekitar 05:30 dan mendapati beberapa barang barangan dan bagasi mereka telah hilang. Mereka dapat tahu bahawa pihak pengurusan hotel telah mengambil bagasi berkenaan dengan meninggalkan nota yang menyatakan ia adalah sebagai ganti rugi kerana terdapat kerosakan barangan di dalam bilik yang didiami sebelum ini.

Barangan yang rosak seperti dinyatakan ialah mentol lampu tandas dan ganti rugi kerana terdapat kerosakan pada barangan di dalam tandas.



Gambar Hiasan
Menurut Yanie, sebenarnya kerosakan berkenaan telah dilaporkan kepada pihak pengurusan sebelum ini apabila lampu berkenaan tiba-tiba rosak pada hari keempat mereka tinggal di situ. Mereka sudah melaporkan tentang kerosakan lampu tersebut sebelum ini namun tiada sesiapa datang untuk memperbaikinya menyebabkan mereka terpaksa bergelap selama dua hari ketika menggunakan tandas.

Dalam hal kerosakan bahagian tnadas pula semenjak sampai hari pertama lagi sudah terdapat sisa serbuk kayu berselerak diatas lantai tandas dan kebetulan keadaan menjadi lebih teruk kerana tandas digunakan sudah pasti barang yang rosak itu terkena air menyebabkan ia menjadi lebih teruk.

Sinki pun hanya digunakan untuk mencuci muka sahaja kerana mereka jarang berada di hotel akibat jadual yang diatur adalah padat.

Kerana dua kerosakan ini Michael meminta kami membayar sebanyak AUD $ 1000 kerana mahu menggantikan kembali barangan dalam tandas berkenaan.



Akibat waktu yang mendesak kerana pesawat kami akan berlepas tiga jam selepas itu kami terpaksa berunding dan akhirnya hanya perlu membayar kira AUD $ 400 dengan menggunakan sisa-sisa akhir wang yang tinggal.

Mula-mula, beliau 'mencuri' bagasi kami dan memaksa kita untuk membayarnya wang untuk mendapatkan 'tebusan' tersebut kembali dan kerana tahu kami akan tergesa-gesa menyebabkan mereka mengambil kesempatan kerana kami memang akan terpaksa mengambil bagasi untuk pulang.

Dia menyalahkan kami dengan mendakwa kami menggunakan air terlalu banyak menyebabkan alatan rak kayu berkenaan pecah dan rosak.

Lampu rosak pula mereka sabitkan kami menggantung pakaian di sekeliling lampu dan membiarkan anak-anak kami bermain dengan lampu berkenaan.

Jelas sekali mereka telah melanggar etika kerana memasuki apartment berkenaan ketika kami tidak ada tanpa sebarang notis atau pemberitahuan terlebih dahulu.

Sebelum kejadian itu, beberapa barangan di dalam apartment berkenaan milik kami telah dipindahkan ketika kami berada diluar mengikuti aktiviti lawatan walaupun diketahui kami tidak meminta sebarang servis untuk melakukan aktiviti pembersihan.

Adakah semasa kami tiada ada seseorang telah measuk merosakkan barang-barang berkenaan dan Michael turut menyalahkan pihak Agoda kerana kejadian ini selain meminta kami bayar atau mereka akan memotong dari kad kredit kami dan butiran lain yang boleh digunakan terhadap kami.

Pertimbangan dan kredibilitinya juga dipersoalkan, terutamanya apabila dia menyalahkan tetamu hotel. Kami belum pernah bertemu lagi dalam hidup ini seorang pengurus hotel yang sepatutnya memastikan pengurus selesa menyalahkan tetamu kerana lampu mentol rosak.

Kerana kejadian itu beliau telah menasihatkan kepada rakyat Malaysia supaya kalau pergi ke sana supaya tidak menginap di hotal bernama Copacabana Apartment Hotel di Surfers Paradise, Gold Coast, Australia.

Selain daripada itu, beliau juga mengingatkan supaya berhati-hati ketika menginap di hotel / apartmen di luar negara dan simpan ini dalam fikiran:

1-Senarai hitam Copacabana Apartment Hotel. Harga yang murah dengan kemudahan yang lengkap yang mungkin boleh menunjukkan bahawa apartmen adalah terlalu baik untuk menjadi kenyataan, oleh itu ia adalah atas risiko anda untuk tinggal di sana.

2- Jangan melanjutkan masa jika sudah sampai waktu untuk "chekck out" ataupun jangan sekali-kali meninggalkan bagasi.

3- Cari apa-apa perkhidmatan simpanan bagasi terdapat di sekitar kawasan yang anda tinggal, lebih baik tinggalkan kepada mereka yang menyediakan perkhidmatan ini di lapangan terbang supaya anda boleh menggunakan perkhidmatan mereka sebelum penerbangan jika diperlukan.

4- Pastikan semua barang-barang, bilik dan kemudahan yang disediakan di hotel / apartmen anda tinggal dalam keadaan baik sebaik sahaja anda sebelum mengunci. Jika terdapat mana-mana bau hanyir atau jika kemudahan seolah-olah lusuh (walaupun sedikit), laporkan dengan segera kepada pihak pengurusan. Ini adalah untuk memastikan bahawa jika berlaku apa-apa anda tidak disalahkan. - Siakapkeli.my






0 Response to "Berhati-Hati ketika Melancong Ke Australia, Wanita kongsi Kisahnya Dianiaya Hotel Di Sana"

Post a Comment