‘Maruah Saya Dihina Edry’ – Rozita Che Wan





‘Maruah Saya Dihina Edry’ – Rozita Che Wan | Selebriti serba boleh, Rozita Che Wan yang dilantik menjadi juri tetap Akademi Fantasia 2015 telah mengesahkan dirinya sudah menarik diri dari program realiti itu.

Ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu tidak boleh menerima sikap Edry KRU yang disifatkan terlalu emosi apabila Che Ta mengkritik persembahan pelajar.

“Memang betul saya sudah menarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. Saya tidak suka bekerja dengan orang yang emosional dan tidak profesional. Keputusan saya menyertai AF2015 bkn disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dlm program yg mendapat rating tinggi.

“Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yg tidak sihat apabila ada individu yg tidak hormat pada saya.


Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dgn pihak yg mempunyai tahap profesionalisme seperti saya,” kaya Che Ta.



Di sebelah pihak Edry pula, dia menyatakan tindakannya itu hanya mahu mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.

“Sebagai pengetua saya bersikap terbuka dan profesional untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.

“Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun kalau orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki,” luah salah seorang anggota KRU itu.

0 Response to "‘Maruah Saya Dihina Edry’ – Rozita Che Wan"

Post a Comment