'TAHNIAH! AWAK LAHIRKAN BAYI KEMBAR 3!'



Gambar hiasan

Aku telah menamatkan zaman kuliahku dan kini bergelar sebagai seorang wanita yang berkerjaya. Lamaran, pinangan terhadap diriku untuk menikah juga datang tidak putus-putus. Tetapi aku merasakan tiada seorang pun yang dapat menarik minatku.

Kemudian kesibukan kerja dan cita-citaku membuatkan aku leka dan hanyut dalam duniaku sendiri sehinggalah aku berusia 34 tahun. Ketika itu barulah aku sedar bahawa betapa susahnya lewat bernikah.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda meminangku. Usianya tua 2 tahun dariku. Dia berasal dari keluarga yang kurang mampu. Tetapi aku ikhlas menerima dirinya seadaanya.

Kami mulai menghitung waktu pernikahan. Dia meminta dariku salinan KTP untuk menguruskan surat-surat pernikahan. Aku segera menyerahkan semua yang diperlukan.

Setelah dua hari berlalu, ibunya menghubungi aku. Dia meminta aku bertemu dengannya secepat mungkin. Aku segera bertemu dengannya. Tiba-tiba dia mengeluarkan salinan KTP aku dan bertanya, apakah tarikh lahir aku yang tertera di KTP itu benar?

"Betul,"

"Jadi umur kamu sudah mendekati usia 40 tahun?"

"Usia saya sekarang sebenarnya 34 tahun,"

"Sama saja. Usia sudah lewat 30 tahun bererti peluang untuk mendapat cahaya mata adalah tipis. Saya teringin sangat nak menimang cucu," balasnya.

Dia tidak mahu diam sehingga akhir proses pinangan antara diriku dengan anaknya.

Masa-masa sukar itu berlalu sampai 6 bulan. Akhirnya aku memutuskan untuk pergi melaksanakan ubadah umrah bersama ayah agar aku boleh menyembuhkan kesedihan dan kekecewaanku di Baitullah.

Aku pun pergi ke Mekah, duduk menangis dan melutut di depan Ka'abah. Aku memohon kepada Allah agar diberikan jalan yang terbaik. Selesai solai, aku melihat seorang perempuan membaca Al-Quran dengan suara yang sangat merdu. Aku mendengarnya lagi mengulang-ulang ayat:

(وكان فضل الله عليك عظيما)"Dan karunia Allah yang dilimpahkan kepadamu itu sangat besar".
(An Nisa': 113)

Air matku menitis dengan derasnya mendengar alunan ayat itu. Tiba-tiba perempuan itu datang merangkul aku ke pangkuannya dan dia mulai mengulang-ulang firmah Allah:

(ولسوف يعطيك ربك فترضي)
"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas".

(Adh Dhuha: 5)

Demi Allah, seolah-olah aku baru pertama kali mendengar ayat itu seumur hidupku. Pengaruhnya sangat luar biasa, jiwa aku menjadi tenang.

Setelah selesai seluruh ibadah umrah, aku kembali ke Cairo. Di pesawat, aku duduk di sebelah kiri ayah, sementara di sebelah kanan duduknya seorang pemuda.

Setibanya di bandara, aku pun turun. Di ruangan menunggu, aku bertemu dengan suami kepada salah seorang sahabatku. Kami pun bertanya kepadanya apa urusanya di bandara.

Dia menjawab yang dia sedang menunggu kedatangan sahabatnya yang menaiki pesawat yang sama dengan kami. Hanya beberapa saat, tiba-tiba sahabatnya datang. Ternyata ia adalah pemuda yang duduk di sebelah ayah tadi. Seterusnya aku berlalu dengan ayahku,

Setibanya di rumah dan menukar pakaian, ketika sedang berehat, sahabatku yang suaminya tadi kebetulan bertemu di bandara menghubungi aku. Terus saja ia menyatakan bahawa sahabat suaminya yang kebetulan menaiki pesawat dengan kami tadi sangat tertarik dengan aku. Dia ingin bertemu dengan aku di rumah temannya itu pada malam ini juga atas alasan urusan yang baik perlu disegerakan.

Jantungku berdegup sangat kencang akibat kejutan yang tidak pernah aku bayangkan. Lalu aku meminta pendapat ayah mengenai tawaran suami sahabat aku itu. Beliau memberikan semangat untuk aku menerima pelawaan tersebut. Boleh jadi dengan cara itu Allah memberiku jalan keluar.

Akhirnya aku pun pergi ke rumah sahabatku itu.

Setelah beberapa hari kunjungan ke rumah itu, pemuda tadi datang melamarku secara rasmi. Hanya satu bulan setengah setelah pertemuan itu, kami sudah menjadi pasangan suami isteri. Jantungku betul-betul berdegup kencang dengan mengharapkan kebahagiaan.

Kehidupan bekeluarga berjalan lancar dengan optimis dan detik-detik kebahagiaan. Aku mendapatkan seorang suami yang aku impikan. Dia seorang yang sangat baik, penuh cinta, lemah lembut, dermawan dan mempunyai ahklak yang subhanallah. Ditambah lagi keluarganya yang sangat baik dan terhormat. Namun, sudah beberapa bulan yang berlalu masih belum ada tanda-tanda kehamilan pada diriku.

Perasaan aku mulai diselubungi cemas. Usia aku pada ketika itu sudah memasuki 36 tahun. Aku meminta kepada suamiku untuk membawa aku melakukan pemeriksaan di hospital. Bimbang kalau aku tidak berkemampuan untuk hamil.

Kami pergi menjalani pemeriksaan dengan seorang doktor pakar. Dia meminta aku membuat ujian darah. Keputusannya, tidak perlu aku meneruskan pemeriksaan berikutnya sebab aku disahkan hamil.


"TAHNIAH! ANDA HAMIL!"

Hari-hari kehamilan ku pun berlalu dengan selamat. Sekali pun aku mengalami kesusahan yang lebih dari orang biasanya. Mungkin kerana aku hamil di usia yang sudah agak berumur. Sepanjang kehamilanku, aku tidak mempunyai keinginan untuk mengetahui jantina anak kerana apa yang Allah kurniakan kepada aku semua adalah nikmat dan kurniaan-Nya.

Setiap kali aku mengadu bahawa kandungan aku terlalu besar, doktor itu menjawab,

"Itu kerana kamu hamil di usia lewat 36 tahun,"

Seterusnya tibalah hari yang ditunggu, hari bersalin. Proses bersalin secara ceaser berjalan dengan lancar. Setelah aku sedar, doktor masuk ke dalam bilik dengan senyuman manis di wajahnya sambil bertanya apa jantina anak yang aku harapkan.

Aku jawab yang aku hanya mendambakan kurniaan daripada Allah. Tidak penting bagi aku apa jua jantinanya. Lelaki atau perempuan, akan aku sambut dengan ribuan kesyukuran.

"Bagaimana kalau kamu mendapat Hasan, Husen dan Fatimah sekali gus?" tanya doktor.

Aku terkejut. Aku tidak memahami apa yang dinyatakan oleh doktor.

"Apa maksud doktor?"

"Allah telah mengurniakan 3 orang anak sekali gus. 2 bayi lelaki dan seorang perempuan," katanya.

Seolah-olah Allah mahu memberiku 3 orang anak sekali gus untuk mengejar ketinggalan dan lantaran kelewatan umur aku.

Sebenarnya doktor itu mengetahui yang aku mengandung anak kembar 3 tetapi dia tidak menyampaikan berita itu kepada aku agar aku tidak cemas menjalani proses kehamilan.

Lantas aku menangis sambil mengulang-ulang ayat Allah:

(ولسوف يعطيك ربك فترضى)
"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas". (Adh Dhuha: 5)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


(وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا )
"Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, karena sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami..." (Ath Thur: 48)

Bacalah ayat ini dengan penuh taddabur dan menghayatinya. Teruskan berdoa dengan hati yang penuh keyakinan bahawa Allah tidak pernah dna tidak akan pernah membiarkanmu.

Oleh : Amirah@Al-Quran Pelita Dunia.

0 Response to "'TAHNIAH! AWAK LAHIRKAN BAYI KEMBAR 3!'"

Post a Comment