Pengarah Azma Aizal Yusoof Sudah Ceritakan Kenapa Dia Memukul Pelakon Ika Nabella



Pengarah Azma Aizal Yusoof menjelaskan bahawa dia mempunyai sebab mengapa dia bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggamabaran drama Dawai Asmara di Hulu Klang, Isnin lalu.

Berkata kepada wartawan mStar Online, bagaimanapun Azma enggan mendedahkan secara terperinci kejadian itu tetapi mendakwa apa yang dilaporkan oleh media hiburan telah ditokok tambah.

“Ada sebab saya berbuat demikian, saya pun baru saja beri keterangan pada polis dan siasatan sedang dijalankan. Bila kes selesai, saya akan ceritakan hal sebenarnya. Bagaimanapun cerita yang sudah menjadi viral itu telah ditokok tambah,” katanya.

Ika Nabella, 26, mendakwa dia telah dipukul oleh Azma di bahagian muka dan beberapa bahagian badan yang lain ketika berada di set penggamabaran drama terbitan Suhan Movies (milik Datuk Rosyam Nor) pada petang Isnin lalu.

“Saya akan berdepan sahaja dengan isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa ada di sisi. Saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana berkicau,” katanya. – THEHYPEMEDIA.COM

0 Response to "Pengarah Azma Aizal Yusoof Sudah Ceritakan Kenapa Dia Memukul Pelakon Ika Nabella"

Post a Comment