Pintu masuk Hospital Damai (Melawati) telah disimbah dengan cat putih oleh empat orang lelaki tidak dikenali pada awal pagi ini.
Kejadian ini disahkan oleh Pengurus Kewangan dan Pentadbiran hospital itu, Regina Sundram di mana menurutnya kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 3:30 pagi oleh empat orang lelaki yang membaling dua baldi cat putih di dua pintu masuk berasingan.
"Ia berlaku sangat cepat, dalam masa satu minit. Terdengar bunyi yang kuat, ketika saya berlari keluar untuk melihatnya, mereka telah pergi," katanya.
Insiden berkenaan berlaku selepas kejadian kontroversi melibatkan seorang bekas jururawat hospital berkenaan, Naziah Sauni Samat mendakwa dia telah dipecat kerana bekerja dengan memakai pakaian menutup aurat.
Bagaimanapun pihak Hospital Damai melalui Regina telah menafikan pemecatan Naziah kerana pakaiaannya tetapi kerana masalah disiplin iaitu tidak datang bekerja selama dua hari tanpa sebab.
Wajarkah? (IH)
0 Response to "PuncaJururawat Dipecat Kerana Tutup Aurat Dan Hospital Disimbah Cat!!"
Post a Comment