
Korang pernah tak fikir yang ada seseorang yang sayang atau jatuh cinta dengan korang dalam keadaan korang tak tahu? Namun mereka akan beri tanda bahawa mereka sangat menyayangi dan mencintai korang. Antara tandanya ialah :
1- Dia selalu ada. Kalau korang student,dia akan duduk dekat dengan korang. Buat kerja satu group ada je muka dia mencelah sekali. Kalau tempat kerja, ada je muka dia masa nak makan. Kalau ada problem, ada je muka dia datang nak tolong selesaikan.
2-Walaupun korang tengah couple dengan orang lain, dia tetap ambil berat. Dia macam redha korang ada dengan orang lain, tapi dalam hati dia tetap sayang. Pendek kata kalau pasangan korang sekarang sakitkan hati korang, dia akan jadi orang terawal pi tampor couple korang tu. Huh!
3-Terima seadanya. Korang gemuk ke, kurus macam lidi ke atau muka penuh jerawat. Yang penting dia suka dengan personaliti korang dan tetap nak berkawan dengan korang.
4- Dia kirim SMS setiap masa. ..Pagi, dah mandi ke belum? Awak dah makan tengah hari dah? Atau dah habis study belum? G luck exam ya!
5-Kalau sambut besday, dialah yang paling awal ucap. Masuk jam 12:01 malam besday korang, dia terus ucap epi besday. Atau sanggup keluarkan duit buat besday suprize party. Waaah
6- Selalu ingat pasal diri korang. Contoh jenis baju korang pakai, bau perfume. Semua dia ingat.
7-Dia banyak diam. Diam bukan sebab pendiam, tapi dia lebih suka dengar suara korang, kadang dia macam bingung. Dia lebih suka jadi pendengar.
8-Dia bagi apa yang dia sayang.Contoh dia sayang giler duit dia, tapi untuk korang dia kasi guna dulu. Dia sayang kereta dia dan susah nak kasi orang guna, untuk korang dia kasi pinjam wat pergi beli coki-coki dekat kedai.
9-Nama dia aje yang banyak naik dekat sms, calling, emel. Memang dia ini semua tempat nak contact korang. Memag dia sangat suka kat korang.
10-Dia tak paksa korang jadi orang lain. Kalau korang suka pakai baju petak-petak, dia tak komen minta korang pakai baju corak bulat-bulat.
Kalau jumpa orang macam gini, jangan lepaskan dia. Mungkin dialah yang akan jadi partner korang waktu dan susah sampai akhirat. Kan?
0 Response to "10 Tanda Seseorang Itu Mencintai Korang Dalam Diam.."
Post a Comment