RAHIM KAMI MARUAH KAMI!!





Wahai pemuda


Dia tidak ibu kandung di dalam rahim ibu selama 9 bulan 10 hari.


Tetapi dia ibu susukan dan jaga melebihi 9 nyawa ibu.


Bila dia sakit. Tika dia demam. Ibu bersengkang mata menjaga dia. Risau ibu. Sungul ibu. Cemas ibu. Tiada siapa mampu pujuk.


Ibu harap. Apabila kamu memiliki dia nanti, kamu sambung tanggungjawab ibu dengan menjaga kesihatan dia sebaiknya.


Jangan diabaikan amalan berpantangnya. Ibu mahu dia sihat. Supaya dia mampu hidup gembira bersama cucu2 ibu. Supaya kamu seronok ada teman utk bermanja dan bergurau. Kesihatan dia adalah kunci keharmonian rumahtangga kalian.


44 hari ibu pinta. Setiap kelahiran. Kamu patuh. Jangan dibebankan dia dengan kerja rumah. Jangan dibebankan dia dengan runsing dunia. Anak yg dia lahirkan adalah dari penat jerih kudrat wanitanya.


Dia baru belajar menjadi ibu. Dia kadang2 keliru. Dia sentiasa kepenatan. Jika dia terlihat kuat dan sihat, ketahuilah dia begitu kerana kegembiraan dia mendapat anak dengan kamu. Hakikatnya, dia masih lemah.


Ibu tidak mahu kamu sia2kan kesihatan dia demi nafsu muda kalian. Tegur dia jika dia berkeras tidak mahu berpantang. Beritahu dia, ilmu yg ibu dalami dan perjuangkan sejak usia 20 tahun ini ibu simpan demi dia, puteri sulung ibu.


Ibu tatang dia melebihi minyak di dalam talam. Tak tumpah dek gegar. Tak percik dek singgul. Jangan kamu sia2kan kasih dan amanah ibu ini. Berihsanlah dengan anak ibu.


Ibu tak mahu bila dia rosak, kamu merana. Janganlah jadi lelaki yang mempertikaikan dosa isteri yg berpantang bersama suami selama 60 atau 100 hari. Pantangnya bukan mengada2. Tetapi untuk penyembuhan semata2. Nafsu kalian sehingga 70 tahun tak habis makan. Tetapi wanita yg disentuh ketika pantang, di usia 40an sudah tak berkeinginan. Berpantang bersama ini demi memanjangkan tempoh bermanja kalian berdua. Meskipun cucu kalian dah berlari2. Kalian masih pengantin baru.


Janganlah jadi lelaki yang abaikan amalan turun temurun kami sekeluarga atas dasar kemodenan. Kerana, jika sudah terpalit penyakit pada dia, ibu tidak tahu sejauh mana kamu mampu melayan wanita yg dihinggap bentan dan meroyan seumur hidup. Kurang iman, hilanglah ikatan. Wanita yg sopan boleh jadi cabul. Wanita yg lembut boleh jadi jalangan sifatnya.


Anak ibu ini cantiknya dia kerana adanya rahim. Rahim dia satu sahaja. Tiada galang ganti. Janganlah disebabkan kalian abaikan aturan berpantang; dia meninggal dunia dimamah usia tanpa rahim, atau rahimnya sudah zahir terkeluar ( tombong) ketika dimandikan. Rahim kami adalah maruah kami. Bagaimana ibu serahkan dia kepada kamu; elok terletak rahimnya, begitulah juga keadaannya ketika kamu menyerahkan dia kepada Penciptanya.
Wahai pemuda.


Ibu tak minta harta, wang, berlian, emas mahupun takhta.


Ibu minta


Bagaimana dia dalam dakapan ibu...begitulah dia dalam dakapan kamu.


Ketika sakit diubatkan manja


Supaya dia selamat dan sihat sentiasa


Semoga dia. Mampu menjadi salah satu asbab buat kamu mudah ke syurga. Atas dasar ihsan sesama manusia.


Kredit - Siti Aisyah

0 Response to "RAHIM KAMI MARUAH KAMI!!"

Post a Comment