Ika Nabella dan Datuk Rosyam Nor.
BARU-BARUini industri hiburan dikejutkan dengan berita seorang pengarah telah menumbuk pelakon Ika Nabella ketika berada di set penggambaran hingga menyebabkan mulutnya cedera dan tidak dapat dibuka.
Susulan kejadian itu, penerbit drama tersebut iaituDatuk Rosyam Nor mengarahkan penggambaran ditangguh bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan.
Ika Nabella (tengah) bersama pengarah drama, Azma Aizal Yusoof (kiri) dan pelakon, Mahmud Ali Basha.
Pada masa sama, Rosyam yang sinonim dengan jolokan hero Malaya suatu ketika dahulu mengakui, terkejut dengan insiden tersebut sebaik dimaklumkan mengenainya.
Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai.
Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan baru selesai bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan,ujarnya kepadamStar Online.
Difahamkan, Ika telah membuat laporan terhadap pengarah drama, Azma Aizal Yusoof di Balai Polis Hulu Klang, Selangor pada malam hari kejadian.
Azma Aizal sebelum ini pernah mengarahkan beberapa siri drama popular sepertiKerana Terpaksa Aku RelakandanTeman Lelaki Upahandi slot Akasia TV3 selain membintangi beberapa drama.
Dalam pada itu, Ika yang dihubungi akui masih dalam keadaan trauma dan enggan mengulas lanjut atas arahan pihak berkuasa dan keluarga. MYNEWHUB.CC
Sumber:mStar Online
0 Response to "DAH TERJAWAB, PUNCA IKA DITUMBUK"
Post a Comment