Zahirah MacWilson Hampir Diculik, Zul Ariffin Mohon Wanita Berjaga Jaga




Baru sahaja berlaku, Zul Ariffin telah memuatnaik status di Twitter mengenai Zahirah MacWilson yang menyatakan bahawa pelakon wanita itu nyaris diculik di sebuah pusat membeli belah di Damansara.





Zul dalam kenyatannya di laman sosial tersebut menasihatkan agar wanita menjaga keselamatan lebih-lebih lagi perkara itu berlaku melibatkan Zahirah sendiri. Bagaimanapun, tidak tahulah sama ada Zul turut ada sama di tempat kejadian atau tidak.




Semoga Zahirah berada dalam keadaan selamat dan bagi peminat pasangan ini, ada baiknya juga anda turut menjaga keselamat ketika berada di tempat awam kerana perkara sebegini bukanlah boleh dijangka akan berlaku lebih-lebih lagi dalam keadaan yang terdesak sehingga orang sanggup melakukan apa saja ketika ini. (rtky/s)

0 Response to "Zahirah MacWilson Hampir Diculik, Zul Ariffin Mohon Wanita Berjaga Jaga"

Post a Comment